Monday, March 22, 2010

pembangunan pondok dan masjid PONDOK PASIR PUTIH , KELANTAN












sesiapa ingin menderma pembangunan pondok dan masjid silalah masukan ke dalam akaun bank islam 13035010026351 ( madrashah ad'diniyah al'falahiah , pasr putih )

"Bila kita buka pondok bermakna kita sedang melahirkan beratus ulama, beratus khatib dan beratus-ratus tenaga pengajar"...T.G Hj Hasyim Pasir Tumboh.

Tidak akan miskin orang yang suka menderma/sedekah... Lihat seterusnya..

"Tidak akan berkurangan duit orang yang bersedekah"

(Hadis riwayat Imam Ahmad 1/193)


* gambar-gambar diatas projek pembangunan pondok dan masjid adalah hasil kurniaan dari ALLAH TAALA untuk pondok dan pelajar di pondok kg huma , bukit awang . pasir putih , kelantan

sedikit-demi sedikit dengan penuh sabar dan tawakal...insyaallah terbina jua masjid dan pusat pendidikan serta asrama yang baik.., insyaallah

" alway's be optimistic even in the eye's of a storm.."

* terimakasih kepada yang menderma dan membantu
.........................................................................


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"
Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Wallahulam.


sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

majlis maulid & siratul-rahim pelajar-pelajar pondok di BUKIT JONG , TERENGGANU










sihatceriacergas & the endaevour to achieve more...

Monday, October 5, 2009

asalamualaikum..pengenalan diri

saya irsyad sidi lahir di no.26 jalan ir jamaluddin , pasir pariaman , sumatera barat , indonesia membuat blog ini dengan niat ingin mengutip sebanyak mana derma untuk membantu apa jua mangsa gempa bumi , kebakaran , kesakitan dan apa jua musibah . insyaallah semoga anda semua sahabat-sahabat dan saudar-saudari dapat membantu..insyaallah

Thursday, August 27, 2009

Di sini medan ku..

Di sini medan ku..

"Bila kita buka pondok bermakna kita sedang melahirkan beratus ulama, beratus khatib dan beratus-ratus tenaga pengajar"...T.G Hj Hasyim Pasir Tumboh.
_____________________

Semalam ( 25 Ogos)ketika sampai di bilik penginapan Surau Ubudiyyah Sri Gombak untuk memulakan siri Tazkirah Ramadhan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, saya telah dikunjungi oleh Ustaz Ismail Noh, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas. Selepas muktamar yang lalu, kami sama-sama berada dalam Dewan Ulama Pas Pusat. Ustaz Ismail juga bermukim di Sri Gombak untuk mengisi siri program Tazkirah Ramadhan.

Dalam perbualan yang tidak panjang itu, kami menyentuh topik pendidikan. Kebetulannya Ustaz Ismail Noh juga pengasas sebuah Pusat Tahfiz di Pasir Mas Kelantan. Kemudiannya Pusat Pendidikan tersebut ditutup, dan sekarang sedang giat untuk diaktifkan semula. Pendedahan pengalaman beliau sangat selari dengan apa yang sedang saya fikir dan rancang. Dalam kuliah Dhuha di Al-Fatah pada hari Ahad lepas, saya telah suarakan hasrat saya yang akan membatalkan banyak jadual Kuliah di Masjid-masjid dan surau di sekitar Kuantan kerana ingin memberikan penumpuan sepenuhnya kepada Pondok saya. Usia saya pun sudah menjenggah 45 tahun. Sudah terasa keletihan mengisi 42 siri kuliah sebulan. Jadual tazkirah di Kuala Lumpur tahun ini sahaja saya terpaksa mengisi 57 siri tazkirah. Kerana itu saya sudah mencongak-congak akankembali "ke pengkalan" saya. Tiba sudah masanya saya memberikan penumpuan kepada pondok, selepas bertahun-tahun mencari dana untuk membangunkannya. Asas-asas ekonomi pondok juga telah saya asaskan. Insyallah ada la rezki dari Allah.

"Pondok ana mati ketika ana sibuk sebagai YB la ustaz..." kata ustaz Ismail penuh jujur. "Ana pernah suarakan perkara ini kepada Tok Guru, dan Tok Guru akur, kerana Tok Guru juga ada pengalaman dengan sekolah beliau di Pulau Melaka. Pondok ni ustaz, memerlukan kita beri tumpuan..ana tu, oleh sebab pondok dah pernah ditutup, bila kita nak bangunkan balik, masyaalah..susahnya nak tarik keyakin orang semula ustaz. Sebab tu baru ni, ana nak dilantik sebagai ketua guru halakat Kelantan, ana pergi jumpa Tok Guru, ana kata kepada tok Guru; cukup la rasanya Tok Guru, sebab ana nak bangunkan semula pondok ana..." tambah ustaz Ismail dengan nada penuh bertenaga.

Saya cukup tertarik dengan apa yang Ustaz Ismail luahkan. Indahnya bersahabat dengan ulama'. Tiada yang mereka fikirkan selain membangunkan kepentingan Islam dan Ummah. Saya teringat ketika mengunjungi Tuan Guru Haji Hasyim ( guru saya) di Pasir Tumboh 16 tahun yang lalu. Ketika saya ke Pasir Tumboh untuk memohon restu beliau untuk saya memulakan projek pembinaan An-Nuur. Sebagai seorang Guru dan Ayah, beliau nasihati saya agar, bila dah ada pondok tumpukan masa kepada mengajar dan mengajar. "Bila kita buka Pondok bermakna kita sedang melahirkan beratus ulama'. Kita sedang melahirkan beratus khatib, pendakwah dan beratus-ratus tenaga pengajar. Jadi kita tak boleh buat sambil lewa. Kalau anta sanggup tumpu masa, dan yakin sungguh rezki itu ditangan Allah, silakan..ana restu dan suka sangat jika anta teruskan cita-cita tu". Itulah kalimat yang keluar dari mulut Tuan Guru yang saya kasihi.

Tahun 1996 saat An-Nuur sedang dalam pembinaan dan akan memulakan pengambilan pelajar, tiba-tiba diistiharkan Pilihanraya Umum. Selaku YDP Kawasan Paya Besar, saya telah dicadangkan untuk menjadi calon Pas bagi DUN Penor. Segera saya teringat pesanan Tuan Guru saya. Kepada Ibu, saya minta nasihat dan pandangan. Saya rujuk Tuan Guru Haji Baqi selaku PJ ketika itu. Saya minta pandangan beliau sebagai tok guru, bukan atas kapasitinya sebagai PJ. Beliau berkias ; "Ustaz teruskanlah usaha ustaz sekarang, kerana tak ramai orang yang berada dalam usaha ini sekarang.."lapangan lain" ramai orang berminat melakukannya". Mengabungkan Nasihat Tuan Guru Haji Hasyim, Ibu saya dan Tuan Guru Haji Baqi, lalu cadangan itu saya tolak, sambil saya cadangkan nama Sdr Bahrin Muhammad bekas Ketua Pemuda Pas Pahang. Al-hamdulillah, saya dapat teruskan perencanaan An-Nuur tanpa banyak gangguan tugas yang lain. Seingat saya dua kali saya menerima surat daripada Pejabat Agong Pas yang meminta persetujuan saya samaada bersetuju menerima pencalunan AJK Pas Pusat. Dengan segera saya balas kembali surat-suarat tersebut dengan jawapan tidak bersetuju. Pertamanya saya merasa malu untuk menyetujukan diri bertanding diposisi yang begitu hebat. Keduanya kerana saya "sayangkan pondok ini".

Ketika Ustaz Ismail meminta diri untuk ke bilik beliau disebelah kabin penginapan saya, saya sudah hampir pasti memutuskan, selepas Ramadhan ini semua jadual saya akan banyak berubah. Saya akan kembali ke "Medan" saya semula. Saya perlu menyiapkan segera dan secepat mungkin bakal-bakal tenaga penceramah,khatib, ustaz dan pendakwah serta pejuang untuk jamaah ini, sebelum sisa usia yang ada ini kehabisan tenaganya. Kepada Allah say mohon kekuatan dan inayah.

Maaf kepada sahabat-sahabat yang mungkin saya terpaksa membatalkan beberapa kuliah di tempat mereka. Jika sahabat-sahabat ingin bersama, jom kita ke An-Nuur. Itulah pengkalan saya.

refer : http://ustazmokhtar.blogspot.com/2009/08/di-sini-medan-ku.html

Thursday, July 16, 2009

Lima Guru Amerika Belajar Kurikulum dan Manajemen Pesantren?

YOGYAKARTA (Arrahmah.com) - Lima orang guru wanita dari lima kota berbeda di Amerika Serikat (AS) akan mempelajari manajemen pendidikan pesantren pada sejumlah pondok pesantren (ponpes) di Yogyakarta.

"Mereka akan tinggal selama sepekan untuk mempelajari proses belajar-mengajar serta kurikulum pendidikan yang diterapkan pada beberapa pondok pesantren di Yogyakarta," kata Director AsiaPacifiCed Program East-West Center, Namji Steinemann, di Ambon, Rabu (15/7).

East-West Center, adalah lembaga penelitian dan pendidikan Amerika Serikat berkedudukan di Hawaii, yang didirikan oleh Kongres AS pada tahun 1960.

Lembaga tersebut bertugas untuk menciptakan terwujudnya pengertian dan pemahaman antarbudaya negara-negara di Amerika dan Asia Pasifik.

Dalam programnya lembaga ini memiliki jaringan luas pada sekitar 500-600 sekolah di Amerika, yang selalu berinteraksi dengan sekolah-sekolah di negara-negara Asia Pasifik.

Lembaga ini sangat tertarik dengan pola pendidikan pondok pesantren yang diterapkan di Indonesia dan ingin dikembangkan di negara lain.

Lima orang guru wanita dari lima kota berbeda di AS itu adalah, Barbara Laman asal New York, Charoline Aloxopeus asal Conneticut, Sussana Bunchan asal Michigan, Susan Milos asal California, dan Judith Carter asal Georgia.

Selama tinggal di ponpes, mereka juga akan berusaha untuk mengenal lebih jauh pola kehidupan para santriawan dan santriawati di setiap pondok pesantren, guna dijadikan bahan kajian para guru dan siswa di Amerika setelah mereka kembali.

Selain tinggal selama sepekan di ponpes, Namji Steinemann bersama lima orang guru itu juga akan mengunjungi yayasan milik Romo Mangun guna mempelajari berbagai hal yang dikembangkan di yayasan tersebut.

"Kami juga akan bertemu para akademisi dari Universitas Gadjah Mada (UGM) serta berdialog dengan tokoh-tokoh politik guna membuka wawasan kami tentang kondisi politik di Indonesia," kata dia.

Berbagai hal yang dilakukan ini, menurut Steinemann, tidak lain adalah untuk menunjukkan bahwa sebenarnya bangsa Indonesia bisa berkembang atas inisiatif dan idenya sendiri dan bukan ide impor dari negara lain.

Namji Steinemann bersama lima guru wanita berada di Ambon selama empat hari dalam rangka memfasilitasi program Partnership for Schools Indonesia, yang melibatkan 25 siswa SMP Kristen Rehoboth dan 25 santri Pesantren Darul Quran Al-Anwariyah, Desa Tulehu, Kecamatan Salahutu, Pulau Ambon, Maluku Tengah, dalam sebuah pertemuan dan interaksi sosial secara bersama.

Para siswa dari dua lingkungan berbeda itu sebelumnya telah menjadi sahabat pena dan saling menyurat dan berkenalan sejak awal Juli lalu, tetapi baru bertemu untuk pertama kalinya pada Senin (13/7) lalu.

Menurut Steinemann, di dunia pendidikan seringkali masalah perdamaian dibicarakan, dan pertemuan yang dilakukan untuk 50 siswa dari dua lembaga pendidikan berbeda itu, dimaksudkan untuk menciptakan terwujudnya pengertian dan pemahaman di antara mereka. "Agama bukan faktor penghalang bagi anak-anak untuk bertemu dan berinteraksi sosial secara bebas," katanya.

Khusus mengenai Kota Ambon, tandasnya, awalnya dikenal melalui salah seorang guru pesantren yang sedang belajar di Hawaii, di samping ketertarikan akan sejarah pulau rempah-rempah tersebut yang di masa lalu menarik perhatian negara Barat menjajah Indonesia.

"Wajar program ini dilakukan di Ambon karena selain positif bagi siswa dua komunitas, nama besar Ambon dan Maluku yang menyebabkan Columbus bisa menemukan benua Amerika. Colombus pernah tersesat sampai di Pulau Banda. Ini cerita menarik untuk diurai dan Banda adalah Bali di Maluku," kata Steinemann.

The East-West Center adalah sebuah organisasi pendidikan dan penelitian yang mendapat pengakuan internasional dan didirikan oleh Kongres Amerika Serikat pada tahun 1960 untuk memperkuat pemahaman dan hubungan antara Amerika Serikat dan negara-negara di wilayah Asia Pasifik. East-West Center membantu dalam membentuk komunitas Asia Pasifik yang stabil, damai dan sejahtera, di mana Amerika Serikat merupakan mitra utama yang dihargai.

East-West Center mengaku, menyediakan program penelitian interdisipliner yang meneliti isu-isu penting dalam hubungan Amerika Serikat-Asia Pasifik.

Sebagaimana diketahui, sebagai badan nirlaba milik pemerintah, East-West Center menerima dana untuk menjalankan program-programnya dari pemerintah Amerika Serikat. Selain itu juga mendapat dukungan keuangan dari badan-badan swasta, perorangan, perusahaan, dan pemerintah di wilayah Asia-Pasifik, di antaranya dari Ford Fondation, lembaga yang dikenal mengkampanyekan paham liberal di Indonesia. (hdytlh/arrahmah.com)

http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/5021/lima-guru-amerika-belajar-kurikulum-dan-manajemen-pesantren

Saturday, July 11, 2009

program membeli sambil menderma untuk pembangunan masjid di pondok..



# ALHAMDULLILLAH , saya bagi pihak pondok madrashah adiniyah falahiah , pasir putih kelantan menjemput semua orang dan penderma untuk datang dan melihat sendiri suasana sekolah yang kecil tetapi tenaga pengajar dan pentadbirannya sangat berjiwa besar dan ingin melihat kejayaan rakyat malaysia berjaya dunia akhirat dalam mencari ilmu . sesiapa bercita-cita ingin menderma , sila hubungi no di no hp ini untuk maklumat lanjut : 019 - 951 6364 / 013 - 974 5161 untuk mengelakan keraguan . terima kasih jazakau'llah